Dotco 10L2565-01 handleiding
Handleiding
Je bekijkt pagina 65 van 68

Page 65
GS-2007
02-2014
MS
Tutup bekalan udara, lepaskan tekanan udara dan cabut
alat daripada hos udara. Minta seorang yang berkelayakan
memeriksa dan membaiki alat itu sebelum digunakan semula.
Jika pembaikan diperlukan, guna hanya alat ganti yang dibuat
olehApexToolGroup.
PENGENDALIAN PRODUK:
Kaca mata keselamatan atau perisai muka mesti dipakai
semasa mengendalikan alat-alat ini. Pakai sarung tangan yang
tidak menghalang pengendalian alat, perlindungan telinga dan
peralatan pelindung yang lain, seperti yang dikehendaki oleh
persekitaran kerja dan pekerjaan mencanai.
Jangan memakai pakaian yang longgar, barang kemas atau
cincin dan jauhkan rambut yang panjang dari alat. Kecederaan
boleh berlaku jika tertangkap dalam alat. Elakkan sentuhan
langsung kulit dengan pelincir, gris atau pelekat.
Pastikan semua kakitangan di kawasan terdekat operasi
mencanai dilengkapkan dengan peralatan pelindung diri yang
sesuai sebelum mengendalikan alat.
Pastikan alat bersih dan kering agar memberikan cengkaman
yang terbaik. Alat hendaklah dipegang dengan cara yang
memastikan pengendalian yang selamat dan selesa. Pastikan
badan berdiri seimbang dan tidak melampau jangkau semasa
mengendalikan peralatan ini.
Alat kuasa boleh bergetar semasa penggunaan. Getaran
dan gerakan berulang-ulang boleh menjadi mudarat.
Berhenti menggunakan alat ini dengan segera jika anda
mengalami ketidakselesaan, rasa berdenyut-denyut atau
sakit dan dapatkan nasihat perubatan sebelum meneruskan
pengendalian.
Punca utama getaran apabila menggunakan pencanai mudah
alih adalah cakera pelelas yang tidak seimbang, tidak bulat,
tidak rata, atau mungkin ketiga-tiganya sekali. Penggunaan
cakera pelelas berkualiti yang seimbang, bulat dan rata amat
disyorkan untuk benar-benar mengurangkan getaran alat.
Elakkan tekanan berlebihan atau hentakan tiba-tiba peranti
pemotong ke atas benda yang dipotong.
Jangan letak alat sehingga peranti pemotong telah berhenti
sepenuhnya. Pastikan alat telah berhenti sebelum beralih ke
lokasi lain.
Jangan sekali-kali membawa atau mengheret alat dengan
menggenggam salur bekalan udara.
SENARAI SEMAK PENYELENGGARAAN
KESELAMATAN:
Laksanakan program penyelenggaraan keselamatan yang
menyeluruh agar semua fasa pengendalian alat dan peralatan
bekalan udara diberikan pemeriksaan tetap. Gantikan bahagian
haus atau rosak dengan menggunakan hanya alat ganti tulen
jenamayangdibuatolehApexToolGroup,LLC.
Setiap Hari:
Periksa visual hos dan sambungan bekalan udara.•
Periksa semua komponen alat luaran.•
Periksa peranti pemotong jika ada retak atau kerosakan.•
Pastikan peranti memotong betul-betul terpasang.•
Periksa alat jika ada getaran berlebihan atau hingar.•
Setiap Minggu:
Periksa hos bekalan udara jika ada kerosakan.•
Pastikan penyesuai salur masuk udara betul-betul •
diketatkan.
Pastikan semua pengikat alat betul-betul diketatkan.•
Periksa pengadang cakera (sekiranya dipasang) jika ada •
kerosakan.
Setiap6bulanataulebihawaljikaperlu:
Periksa bahagian-bahagian individu dan gantikan jika •
perlu.
Ganti semua Gelang-O dan kedap.•
Hanya kakitangan yang berkelayakan dan terlatih harus
membaiki alat ini. Rujuk kepada senarai Pusat Jualan
dan Servis di belakang dokumen ini untuk tempat-tempat
pembaikanberdaftarApexToolGroup,LLC.
PERKATAAN ISYARAT KESELAMATAN:
Menunjukkan keadaan berbahaya akan berlaku yang, jika tidak
dielakkan, akan mengakibatkan kematian atau kecederaan
serius.
Menunjukkan keadaan berbahaya mungkin berlaku yang,
jika tidak dielakkan, boleh mengakibatkan kematian atau
kecederaan serius.
Menunjukkan keadaan berbahaya mungkin berlaku yang, jika
tidak dielakkan, mungkin mengakibatkan kecederaan kecil
atau sederhana atau kerosakan harta benda.
Menunjukkan maklumat atau dasar syarikat yang tiada
berkaitan dengan keselamatan kakitangan.
Bahasa asal manual ini adalah Bahasa Inggeris.
AWAS
BAHAYA
AMARAN
AWAS
KENYATAAN
Keselamatan Am
Pencanai Pneumatik
Bekijk gratis de handleiding van Dotco 10L2565-01, stel vragen en lees de antwoorden op veelvoorkomende problemen, of gebruik onze assistent om sneller informatie in de handleiding te vinden of uitleg te krijgen over specifieke functies.
Productinformatie
| Merk | Dotco |
| Model | 10L2565-01 |
| Categorie | Niet gecategoriseerd |
| Taal | Nederlands |
| Grootte | 13694 MB |
