Dotco 10L2565-01 handleiding

68 pagina's
PDF beschikbaar

Handleiding

Je bekijkt pagina 64 van 68
Page 64
GS-2007
02-2014
MS
KETERANGAN PRODUK:
Pencanai pneumatik adalah alat mudah alih pegang yang
dijalankan oleh udara mampat. Motor tersebut menggerakkan
spindel berputar yang dipasangkan dengan cakera pencanai
atau peranti pelelas lain. Apabila perlu, pencanai dilengkapi
dengan pengadang.
Kegagalan mematuhi semua amaran keselamatan boleh
menyebabkan kerosakan peralatan atau kecederaan
kakitangan.
TUJUAN PENGGUNAAN:
Pencanai pneumatik harus digunakan untuk menyingkir bahan
hanya melalui penggunaan cakera pelelas, kikir putar atau
lain-lain peranti pemotong penyingkiran bahan yang sesuai.
Pencanai ini tidak boleh diubah suai dalam apa jua cara
kecualijikadiluluskansecarabertulisolehApexToolGroup,
LLC. Semua alat keselamatan hendaklah dipasang dengan
betul dan diselenggarakan agar berada dalam keadaan baik.
Sebarang penyalahgunaan atau salah guna peranti pemotong
boleh menjadi amat berbahaya.
ARAHAN KESELAMATAN AM:
Arahan Keselamatan ini mesti boleh diakses oleh pengendali
pada setiap masa. Ia mesti ditunjukkan dan disediakan kepada
semua kakitangan yang terlibat dalam pengendalian alat ini.
Pengendali mesti membaca dan memahami Arahan
Keselamatan yang terkandung dalam dokumen ini
sebelum mengendalikan alat ini.
Arahan Keselamatan ini tidak harus dianggap menyeluruh.
Pengendali juga perlu membaca dan memahami Manual Produk
bagi alat yang berkenaan. Kaji dan patuhi semua Peraturan
Persekutuan, Negeri dan Tempatan yang berkenaan.
Jangan tanggalkan sebarang label dari alat ini. Gantikan
mana-mana label yang telah rosak dan tidak boleh dibaca
dengan mudah.
PEMASANGAN PRODUK:
Hanya kakitangan yang berkelayakan dan terlatih harus
memasang, melaraskan atau mengguna alat ini.
PERSEKITARAN KERJA:
Kawasan kerja harus bersih, kemas, teliti, terang dan
mempunyai pengudaraan baik.
Pastikan persekitaran kerja bebas daripada
sebarang unsur boleh atau mudah terbakar yang
boleh dinyalakan oleh percikan daripada proses
mencanai.
PERIKSA KELAJUAN:
Periksa kelajuan alat sebelum memasangkan cakera, selepas
setiap pembaikan, apabila alat dikeluarkan untuk penggunaan
atau setiap 24 jam. RPM pencanai mesti diperiksa dengan
takometer tertentukur untuk memastikan kelajuan sebenar
tidak melebihi kelajuan terkadar.
Pastikan dengan teliti jika ada tanda kelajuan maksimum pada
peranti pemotong. Jika ada, kelajuan ini mesti lebih tinggi
daripada kelajuan terkadar alat. Kegagalan mematuhi arahan
ini boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian.
PEMERIKSAAN CAKERA PENCANAI:
Semua cakera pencanai perlu diperiksa dengan teliti sebelum
pemasangan dan penggunaan. Rujuk kepada tatacara
keselamatan pembuat cakera pencanai. Sertakan pelapik
apabila diperlukan.
PEMASANGAN PELELAS YANG BETUL:
Terdapat banyak jenis cakera pemotong termasuk lurus, kon,
palam, mangkuk, tengah lekuk dan terpasang. Rujuk dan patuhi
Tatacara Keselamatan pembuat cakera pemotong. Pastikan
spindel, bebibir dan pengadang yang betul yang disyorkan oleh
pembuat terdapat pada alat.
Sentiasa gunakan pengadang yang dipasang dengan
betul, seperti yang ditetapkan untuk peranti pemotong yang
digunakan mengikut ANSI/CAGI B186.1. Jika pengadang
telah rosak, ia harus dibuang dan digantikan.
Biasanya, kikir putar dan beberapa peranti pemotong yang
lain tidak memerlukan pengadang cakera. Sahkan perkara ini
dengan pembuat alat pemotong dan patuhi saranan mereka.
Selepas memasang peranti pemotong dan pengadang, alat
harusdihidupkandibawahmejakeluliatauruangpelindung
sepertinya. Pastikan kaca mata keselamatan dipakai. Hidupkan
pada kelajuan penuh untuk sekurang-kurangnya satu minit
untuk memastikan ia berfungsi dengan betul.
MENCANAI TANPA PENGADANG:
Pengendali boleh menggunakan pencanai tanpa
pengadang hanya jika mereka mengikut syarat-
syarat ini. Penggunaan pencanai tanpa pengadang
secaratidakwajar,termasukkegagalanmematuhi
keperluan ini, boleh mengakibatkan kecederaan
serius atau kematian.
Cakera Jenis 1: Jangan gunakan cakera dengan diameter
yanglebihdaripada2”(50mm)ataulebihtebaldari1/2”(13mm).
Jangan sekali-kali melebihi laju persisian 1800 kaki permukaan
seminit(2895.6m/min).
Cakera bertetulang Jenis 1: Jangan gunakan cakera dengan
diameteryanglebihdaripada3”(76mm)ataulebihtebaldari
1/4”(6.4mm).Jangansekali-kalimelebihilajupersisian9500
kaki permukaan seminit (548.64m/min).
Cakera Pencanai: Digunakan untuk kerja dalaman, semasa
dalam kerja mencanai.
Cakera Terpasang: Jangan gunakan cakera terpasang
dengandiameteryanglebihdaripada2”(50mm).
Peranti Pemotong Lain: Jangan gunakan kon kecil, palam,
bebola lubang berulir, atau peranti lain yang serupa dengan
diameteryangmelebihi3”(75mm)danpanjang5”(125mm)
tanpa pengadang kecuali jika kerja tersebut memberikan
perlindungan.
CAKERA PEMOTONG (Jenis1 dan Jenis 27):
Perketatkan benda yang dipotong untuk memberikan potongan
yang bersih dan mengurangkan kemungkinan tersekat.
Jika cakera pemotong menjadi tersekat, matikan pencanai dan
bebaskan cakera. Pastikan cakera dipasang dengan ketat dan
tidak rosak sebelum meneruskan pengendalian.
Jangan sekali-kali menggunakan cakera pemotong untuk
melakukan operasi mencanai sisi.
BEKALAN UDARA:
Periksa hos udara dan kelengkapan dengan teliti. Jangan
gunakan hos yang rosak, berbulu atau lusuh. Hos yang pecah
boleh mengakibatkan kecederaan parah.
Sambungkan alat kepada salur udara dengan udara kering
yangbersihdengantekananmaksimum90psig(6.2bar).
Jangan sekali-kali sambungkan pemasangan lucut pantas
pada salur masuk udara pencanai dengan diameter cakera
empat inci (10 cm) atau lebih.
Laraskan pelinciran salur udara kepada minimum untuk
mengurangkan kemungkinan pencemaran persekitaran oleh
udara ekzos.
Sentiasa cabut alat daripada bekalan udara sebelum
melaksanakan sebarang pelarasan, pembaikan atau
pemasangan peranti pelelas.
Matikan alat dengan segera jika berlaku bunyi yang luar biasa
atau getaran.
Keselamatan Am
Pencanai Pneumatik
AMARAN
AMARAN
AMARAN

Bekijk gratis de handleiding van Dotco 10L2565-01, stel vragen en lees de antwoorden op veelvoorkomende problemen, of gebruik onze assistent om sneller informatie in de handleiding te vinden of uitleg te krijgen over specifieke functies.

Productinformatie

MerkDotco
Model10L2565-01
CategorieNiet gecategoriseerd
TaalNederlands
Grootte13694 MB