Moulinex Mini Multi LM1211 handleiding
Handleiding
Je bekijkt pagina 57 van 74

54
MS
MENGGUNAKAN PENGISAR
Pengisar hanya boleh digunakan bagi membuat smoothie, susu kocak dan sos atau
untuk mencampurkan bahan (sup sayuran campur, wafel dan adunan penkek).
1. Masukkan bahan ke dalam balang pengisar (C). Rujuk kepada jadual di bawah
untuk mendapatkan kuantiti maksimum untuk digu nakan. Jangan isi pengisar
melebihi kuantiti ini.
2. Kuncikan penutup (B) pada balang pengisar (C) (Rajah 1).
3. Tempatkan cawan penyukat (A) ke dalam bukaan di dalam penutup dan putar-
kannya untuk menguncikannya pada tempatnya. (Rajah 2).
4. Letak balang pengisar (C) pada unit motor (G). Kunci balang pengisar (C)
dengan betul (Rajah 1).
5. Pasang plag peralatan dan hidupkannya dengan menekan butang kelajuan ren-
dah atau butang kelajuan tinggi (E atau F).
6. Pegang peralatan dengan kukuh menggunakan kedua-dua tangan semasa pen-
gendalian. Jangan kendalikan peralatan lebih daripada satu minit pada satu-
satu masa. Setelah mengisar selama satu minit, matikan suis peralatan dan
tunggu sehingga 30 minit sebelum mengisar semula. Jika peralatan menjadi
panas, biarkan ia sejuk sebelum anda terus menggunakannya.
7. Peralatan anda dilengkapkan (bergantung kepada model) dengan pemutus
termal. Sekiranya berlaku pemanasan terlampau peralatan anda akan dimati-
kan secara automatik. Putuskan sambungan peralatan dan biarkannya sejuk
selama kira-kira 30 minit, kemudian gunakan semula.
Cadangan :
- Jangan kendalikan peralatan lebih daripada satu minit secara berterusan.
• Untuk menambah bahan apabila pengisar sedang digunakan, masukkan bahan
tersebut melalui lubang penyuap pada penutup (B).
• Potong bahan menjadi ketulan kecil (anggaran 15mm x 15mm) sebelum
memasukkannya ke dalam balang pengisar (C). Jangan proses kuantiti bahan
yang besar pada satu-satu masa.
Bahan Kuantiti (Maksimum) Kelajuan yang disarankan
Buah-buahan (kiwi,
pisang, strawberi,
nanas...)
200 g 20s dengan V2
Sayur-sayuran (to-
mato, avocado…)
200 g
10s dengan V1 dan 50s
dengan V2
Sup sayur
200g sayuran dimasak
+ air (pilihan)
10s dengan V1 dan 50s
dengan V2
Susu kocak 100g buah + 300ml susu 30s dengan V2
Sup lobak merah
240g lobak merah +
360ml air
1 minit dengan V2
Bekijk gratis de handleiding van Moulinex Mini Multi LM1211, stel vragen en lees de antwoorden op veelvoorkomende problemen, of gebruik onze assistent om sneller informatie in de handleiding te vinden of uitleg te krijgen over specifieke functies.
Productinformatie
| Merk | Moulinex |
| Model | Mini Multi LM1211 |
| Categorie | Niet gecategoriseerd |
| Taal | Nederlands |
| Grootte | 6505 MB |







