Midea MGH-8216SS handleiding

44 pagina's
PDF beschikbaar

Handleiding

Je bekijkt pagina 38 van 44
15
Arahan penggunaan
Amaran
Jangan sesekali mengubahsuai perkakas ini.
Perkakas ini mesti dipasang oleh juruteknik atau pemasang yang dibenarkan.
Sebelum pemasangan, pastikan syarat pengagihan tempatan (sifat gas dan
tekanan gas) dan penyesuaian perkakas ini adalah serasi.
Syarat penyesuaian untuk perkakas ini adalah dinyatakan pada label (atau plat
data)
Perkakas ini tidak disambungkan kepada peranti pemindahan produk pembakaran.
Ia mesti dipasang dan disambung mengikut peraturan pemasangan sedia ada.
Perhatian khusus harus diberikan kepada keperluan berkaitan dengan
pengudaraan.
Sebelum pemasangan, putuskan perkakas ini dari bekalan gas dan elektrik.
Semua perkakas yang mengandungi sebarang komponen elektrik mesti dibumikan.
Pastikan paip gas dan kabel elektrik dipasang dengan cara yang tidak menyentuh
mana-mana bahagian perkakas ini yang mungkin akan menjadi panas.
Paip gas atau penyambung tidak boleh dibengkokkan atau disekat oleh perkakas
yang lain.
Semak dimensi perkakas ini dan dimensi lubang yang perlu dipotong pada unit
dapur.
Panel dpasang di atas permukaan meja yang mana bersebelahan dengan perkakas
ini mesti diperbuat daripada bahan tidak mudah terbakar. Kedua-dua lapisan
permukaan dan pelekat yang digunakan untuk menetapkan perkakas ini mestilah
tahan panas bagi mengelakkan kemerosotan.
Buka tap perkakas dan hidupkan nyalaan api setiap pembakar.
Periksa bagi memastikan nyalaan api biru adalah lutsinar, tanpa hujung yang
kekuningan.
Jika pembakar menunjukkan sebarang keabnormalan, sila periksa seperti berikut:
- Sama ada penutup pembakar ditutup dengan baik
- Sama ada penyebar api diletakkan dengan betul
- Sama ada pembakar diselaraskan secara vertikal dengan hujung penyuntik
Ujian pengendalian yang lengkap dan ujian untuk mengesan kemungkinan
berlakunya kebocoran mesti dijalankan oleh pemasang selepas pemasangan.
Hos yang fleksibel hendaklah dipasang dengan cara ia tidak bersentuhan dengan
bahagian unit yang boleh bergerak, dan tidak melalui mana-mana ruang yang
mudah menjadi sesak.
Kren gris dihasilkan di kilang untuk memenuhi keperluan bagi semua dapur gas.

Bekijk gratis de handleiding van Midea MGH-8216SS, stel vragen en lees de antwoorden op veelvoorkomende problemen, of gebruik onze assistent om sneller informatie in de handleiding te vinden of uitleg te krijgen over specifieke functies.

Productinformatie

MerkMidea
ModelMGH-8216SS
CategorieNiet gecategoriseerd
TaalNederlands
Grootte4531 MB