Midea MGH-8216SS handleiding

44 pagina's
PDF beschikbaar

Handleiding

Je bekijkt pagina 30 van 44
7
Semasa penggunaan
Jangan sembur aerosol di kawasan
berhampiran dengan perkakas ini semasa
ia sedang digunakan
.
Pastikan tombol kawalan berada di
kedudukan ' ' apabila ia tidak
digunakan.
Awas
Pengudaraan tambahan diperlukan jika perkakas ini digunakan secara intensif untuk masa
yang panjang, contohnya membuka tingkap, atau meningkatkan tahap pengudaraan
mekanikal yang sedia ada.
Gunakan pemegang periuk yang tahan panas atau sarung tangan semasa mengendalikan
periuk dan kuali yang panas.
Jangan biarkan pemegang periuk berdekatan dengan nyalaan api apabila mengangkat alat
memasak.
Berhati-hati agar pemegang periuk atau sarung tangan tidak dibasahi, kerana ini boleh
menyebabkan haba dipindah melalui bahan tersebut dengan lebih cepat dan
menyebabkan anda berisiko terbakar.
Hanya gunakan pembakar selepas periuk dan kuali diletakkan di atasnya. Jangan
panaskan mana-mana periuk atau kuali yang kosong.
Jangan gunakan piring plastik atau kerajang aluminium di atas perkakas ini.
Apabila menggunakan perkakas elektrik yang lain, pastikan kabelnya tidak bersentuhan
dengan permukaan perkakas memasak.
Sila dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan perkakas ini sekiranya badan anda
mengandungi apa-apa alat mekanikal, contohnya jantung tiruan.
Jangan letakkan tuala atau bahan yang seumpamanya di bahagian pemegang periuk,
kerana kain sedemikian mungkin terbakar di atas pembakar yang panas.
Apabila menggunakan alat memasak diperbuat daripada kaca, pastikan ianya direka
untuk memasak dengan plat atas. Jika didapati permukaan kaca retak, matikan perkakas
ini dengan serta merta bagi mengelakkan kejutan elektrik.
Untuk meminimumkan kemungkinan berlakunya kelecuran, penyalaan bahan mudah
terbakar dan limpahan, sentiasa pusing pemegang perkakas memasak ke bahagian tepi
atau tengah plat atas, jangan sesekali terhulur ke arah pembakar yang bersebelahan.
Sentiasa matikan kawalan pembakar sebelum mengalihkan alat memasak.
Sentiasa ambil perhatian terhadap makanan yang digoreng dengan api besar.
Sentiasa panaskan lemak dengan perlahan dan berhati-hati kerana ia akan menjadi panas.
Makanan untuk digoreng hendaklah dalam keadaan kering. Ais pada makanan sejuk beku
atau lembapan pada makanan segar boleh menyebabkan minyak panas terpercik ke atas
dan ke tepi kuali.
Jangan cuba memindahkan kuali berisi minyak panas, terutamanya kuali yang berisi
minyak goreng. Biarkan minyak di dalamnya menyejuk dengan sepenuhnya.
Jika kaca plat panas pecah:
- Matikan semua pembakar dan mana-mana elemen pemanasan elektrik dengan segera,
dan jauhkan perkakas ini dari bekalan kuasa;
- Jangan sentuh permukaan perkakas ini;
- Jangan gunakan perkakas ini.
Pelindung dapur gas tidak boleh digunakan. Pelindung dapur gas yang tidak sesuai boleh
menyebabkan kemalangan.
Elakkan daripada menggunakan alat memasak yang bertindihan dengan pinggir pembakar
di atas plat panas.

Bekijk gratis de handleiding van Midea MGH-8216SS, stel vragen en lees de antwoorden op veelvoorkomende problemen, of gebruik onze assistent om sneller informatie in de handleiding te vinden of uitleg te krijgen over specifieke functies.

Productinformatie

MerkMidea
ModelMGH-8216SS
CategorieNiet gecategoriseerd
TaalNederlands
Grootte4531 MB