Midea MGH-8216SS handleiding
Handleiding
Je bekijkt pagina 27 van 44

3.0V
4
Pemasangan
Amaran
■ Perkakas ini mesti dipasang berdasarkan
peraturan yang berkuatkuasa dan hanya
digunakan di ruang mempunyai
pengudaraan yang baik.
■ Sebelum pemasangan, pastikan bekalan
gas dan elektrik serasi dengan jenis yang
dinyatakan pada plat kadaran.
■ Jika perkakas ini dipasang di dalam kapal
laut atau di karavan, ia tidak boleh
digunakan sebagai pemanas ruang.
■ Paip gas dan kabel elektrik mesti dipasang
dengan cara di mana ia tidak menyentuh
mana-mana bahagian atau perkakas ini.
Awas
■ Perkakas ini mesti dipasang oleh juruteknik atau pemasang yang berkelayakan.
■ Syarat penyesuaian untuk perkakas ini dinyatakan pada label atau plat data.
■ Tanggalkan semua bahan pembungkusan sebelum menggunakan perkakas ini.
■ Selepas perkakas ini dikeluarkan dari bungkusan, pastikan ia tidak rosak dan kord
sambungan berada dalam keadaan sempurna. Jika tidak, sila hubungi pengedar sebelum
memasang perkakas ini.
■ Perabot bersebelahan dan semua bahan yang digunakan dalam pemasangan mestilah
boleh tahan suhu minimum 85˚C yang mana lebih tinggi daripada suhu persekitaran
dalam bilik di mana perkakas ini dipasang, dan semasa perkakas ini digunakan.
■ Sekiranya nyalaan api pembakar terpadam secara tidak sengaja, matikan kawalan
pembakar dan dibiarkan sekurang-kurangnya satu minit sebelum menyalakan semula
pembakar.
■ Penggunaan perkakas memasak gas akan menyebabkan penghasilan haba dan
kelembapan di dalam bilik di mana ia dipasang. Pastikan dapur mempunyai pengudaraan
yang baik: pastikan lubang pengudaraan semula jadi dibuka atau memasang peranti
pengudaraan mekanikal (hud pengeksrak mekanikal).
■ Pengudaraan tambahan diperlukan jika perkakas ini digunakan secara intensif untuk
masa yang panjang, contohnya membuka tingkap, atau menyediakan pengudaraan yang
lebih berkesan, contohnya meningkatkan tahap pengudaraan mekanikal yang sedia ada.
Bekijk gratis de handleiding van Midea MGH-8216SS, stel vragen en lees de antwoorden op veelvoorkomende problemen, of gebruik onze assistent om sneller informatie in de handleiding te vinden of uitleg te krijgen over specifieke functies.
Productinformatie
| Merk | Midea |
| Model | MGH-8216SS |
| Categorie | Niet gecategoriseerd |
| Taal | Nederlands |
| Grootte | 4531 MB |







