Handleiding
Je bekijkt pagina 18 van 54

18
Pembersihan dan servis
ms
Perhatian: Lebih lama perkakas
dihidupkan, lebih halus bahan dikisar.
Selepas menggunakan perkakas:
■ Setkan suis putar kepada f. Tunggu
sehingga pemacu berhenti sepenuhnya.
■ Cabut palam sesalur.
■ Putar alat tambah pengisar dalam arah
lawan jam dan tanggalkan.
■ Tanggalkan penutup dengan
memutarkannya mengikut arah jam.
■ Kosongkan cawan pengisar.
■ Bersihkan semua bahagian, lihat
“Pembersihan dan servis”.
Pembersihan dan servis
Perkakas tidak memerlukan
penyelenggaraan! Pembersihan yang
menyeluruh menjamin hayat perkhidmatan
yang berpanjangan.
W Risiko kejutan elektrik!
Jangan merendamkan blok motor dalam
air dan jangan sekali-kali memegangnya
di bawah air yang mengalir dan jangan
membasuhnya dalam pembasuh pinggan
mangkuk.
Amaran!
Jangan gunakan agen pembersih yang
melelas. Permukaan mungkin rosak.
Petua:
– Sebaik-baiknya bersihkan
bahagianbahagian serta-merta selepas
digunakan. Ini akan menghalang sisa
daripada kering dan menyerang plastik
(contohnya oleh minyak pati dalam
herba).
– Jika memproses lobak merah dan
kubis merah misalnya, bahagian plastik
berubah warna dengan saput merah, ini
boleh dihilangkan dengan beberapa titis
minyak masak.
X Rajah F
Membersihkan blok motor
■ Cabut palam sesalur.
■ Lapkan blok motor dengan kain lembap.
Jika perlu, gunakan sedikit detergen.
■ Kemudian lap kering.
Membersihkan alat tambah
pengadun
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam!
Jangan menyentuh bilah pengadun dengan
tangan terdedah. Bersihkannya dengan
berus.
Jangan membasuh pemegang bilah dalam
pembasuh pinggan mangkuk, tetapi di
bawah air yang mengalir menggunakan
berus. Jangan biarkan dalam air! Jag
pengadun, sisipan smoothie, tudung dan
cawan penyukat adalah kalis pembasuh
pinggan mangkuk.
Petua: Tuang sedikit air dan cecair pencuci
ke dalam pengadun yang terpasang.
Hidupkan selama beberapa saat. Tuangkan
air keluar dan bilas pengadun dengan air
bersih.
Membersihkan alat tambah
pengisar
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam!
Jangan menyentuh bilah pemotong dengan
tangan terdedah. Bersihkannya dengan
berus.
Jangan membasuh cawan pengisar dalam
pembasuh pinggan mangkuk, tetapi di
bawah air yang mengalir menggunakan
berus. Jangan biarkan dalam air! Tudung
adalah tahan mesin basuh pinggan
mangkuk.
Bekijk gratis de handleiding van Bosch MMB33G5BGB, stel vragen en lees de antwoorden op veelvoorkomende problemen, of gebruik onze assistent om sneller informatie in de handleiding te vinden of uitleg te krijgen over specifieke functies.
Productinformatie
| Merk | Bosch |
| Model | MMB33G5BGB |
| Categorie | Blender |
| Taal | Nederlands |
| Grootte | 11221 MB |
Caratteristiche Prodotto
| Soort bediening | Draaiknop |
| Kleur van het product | Wit |
| Gewicht | 3221 g |
| Breedte | 179 mm |
| Diepte | 201 mm |







